Tadi saya terbaca sinar harian online www.sinarharian.com.my di Pasir Mas Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengingatkan kepada para pengguna laman sosial supaya tidak menularkan berita yang tidak sahih dan berunsurkan fitnah kerana ia boleh menimbulkan satu kekecohan atau kekacauan dalam masyarakat.
Seperti yang telah di ingatkan kepada semua para pengguna semudahnya perlulah mereka berfikiran matang dalam hal-hal sebergini kerana perkara yang berunsurkan tidak sahih atau fitnah sepatutnya mereka harus elakkan, kadang-kala masyarakat kita ada jenis suka menyebuk dan suka buat fitnah bukan-bukan dan melakukan tidak sahih, sepatutnya mereka yang melakukan itu harus diberi pengajaran agar tidak mengulangi lagi perkara seperti itu.
Selain itu, ada juga yang menerima perkara tidak sahih atau fitnah ini perlu juga berhati-hati dan jangan mudah mempercayainya dan harus membuat perselidikan ke atas segala fitnah dan ketidak sahih yang berlaku. Sekadar berkongsi pendapat dan nasihat. Akan tetapi banyak yang membahas tentang perkara ini,
Pendapat saya kadang komen mereka pun ada betulnya juga dunia sekarang macam-macam benda kita buat tidak ada sedarnya juga.