Tentang Saya

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.
Nama Saya Mohamad Rafizal Bin Md.Yusapnama samaran afie atau epiy, saya seorang remaja yang lahir pada 15 Oktober 1992 yang berasal dari Pahang. Saya mempunyai 2 orang adik beradik, sepatutnya ada 5 saya anak yang bongsu sekali, tapi saya sudah kehilangan 3 orang iaitu kakak, tinggal saya dan abang saya.

Selain itu, afiey ni penyengan orangnya, walaupun orang kata dalam media banyak bercakap tapi bila berhadapan atau berjumpa dengan orang pendiam. 
Maklumlah dalam media online ni tak ada sapa nampak muka afiey itu yang bercakap lancar tu. Nak tayang gambar dekat laman sesawang pun tak mahu. Ramai yang kenal afiey dekat laman sesawang ni nak tengok gambar afiey, langsung tak layan, tapi sekarang dah letak dalam blog tengoklah nak sangat, taklah macho. Selain itu juga, afiey seorang yang 'Happening', itu kadang-kadang orang marah afiey suka gelak-gelak tak ambil serius, tapi afiey suka-suka pun afiey tahu orang marah afiey. Cuma afiey tak mahu marah-marah.

Afiey ni mudah tertarik pada sesuatu yang menarik dan yang menyedihkan. suka tolong-menolong, kadang-kala pemalas pun ada, banyak alasan. kalau dah banyak alasan memang tak boleh buat apa, kecuali kena paksa. 

Hobi
Afiey juga suka bersendirian dan juga suka memberi pendapat, semua ni bukanlah hobi afiey, cuma entahlah tak tahu nak cakap, hobi afiey sebenarnya suka membaca, design dan terutama sekali berblogging wow..!! nice. 

Kerjaya
Afiey habis belajar pada tahun 2009 dan mula bekerja sebagai staff KFC 1 minggu saja, "Nak Berenti", terus berenti, sebab tak tahan, tanam anggur selama setahun, banyak juga tawaran belajar kolej afiey fikir kemana nak pergi, sebab banyak, nak tinggal mak ayah diorang tak ada sapa nak jaga, akhirnya afiey dapat belajar di kolej IKIP yang berhampiran bandar Bentong pahang, ulang-alik dari rumah ke kolej dekat saja. Setahun afiey belajar dalam bidang Diploma Teknologi Maklumat Komunikasi (IT/Sistem Maklumat).

Mulanya Berblogging
Pada tahun 2008 afiey menjadi seorang bloggers tapi itulah nak dekat SPM terus stop update blog, tiba-tiba habis belajar afiey mula nak berblogging nak mula update blog lama, password lupa, domain pun lupa. (Cepat Betul Lupa). So afiey dah buka blog baru afiey.com domain blog ini idea dari rakan blogger afiey iaitu Ungu, afiey kenal dia dilaman blog Bcroom.net. Sudah lama afiey tak berchatting disana, cukup saja setahun domain afiey.com, afiey stop blogging sebab nak final exam di kolej dan afie kembali dengan domain baru afiey.my.