Gambar Hiasan
Kuala Lumpur: Keinsafan dan taubat yang diharapkan, sindiran tajam yang diterima. Itu senario pilu dialami Hajar, 40 tahun, selepas meminta tiga anaknya yang terbabit dengan kegiatan ajaran sesat kembali ke pangkal jalan, sebagaimana disiarkan akhbar metro harian.
Hajar berkata, sindiran itu diterima menerusi mesej bersuara di telefon bimbit yang dihantar oleh seorang daripada anaknya jam 12 tengah hari.
“Dia menghantar tiga mesej bersuara, termasuk rakaman suara anjing menyalak dan saya percaya ia sindiran keras selepas saya mendedahkan kesesatan mereka di dalam Harian Metro,” katanya.
Muka depan Harian Metro semalam bertajuk ‘Taubatlah Anakku’ memaparkan luahan pilu Hajar yang meminta ketiga-tiga anaknya bertaubat selepas mereka menjadi pengikut ajaran sesat.
Sebelum itu, muka depan Metro Ahad, kelmarin melaporkan luahan bapa Hajar mahu dikenali sebagai Azim, 69, yang berdepan dugaan lebih hebat apabila isteri, lapan anak, tiga menantu dan 15 cucunya terjebak dengan ajaran sesat sama.
0 KOMEN SIKIT ^_^:
Post a Comment