Demo aman dari anak jengka bantah GST



JENGKA, PAHANG - Sekumpulan anak muda yang menggelar diri sebagai Anak Muda Jengka melakukan demo aman menolak cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilihat membebankan rakyat.

Seorang peserta, Asmawi Ahmad, 27, berkata, bantahan tersebut turut bertujuan bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat bahawa GST tidak wajar dilaksanakan ketika ekonomi rakyat yang semakin menghimpit.

Menurutnya, cukai berkenaan dilihat tidak mengembalikan semula kepada rakyat berbanding negara lain yang mengamalkan GST memberikan pendidikan percuma dengan taraf kemajuan infrastruktur setanding kenaikan cukai.

“Di negara ini, orang kelainan upaya (OKU) pun kena GST tambahan pula keadaan jalan raya yang teruk misalnya di Jengka.

“Kita sebagai rakyat sudah banyak benda kena bayar sedangkan gaji atau pendapatan tidak meningkat sekali gus kehidupan rakyat kini makin terhimpit,” katanya.

Seorang peserta, Mohd Jefri Din, 26, berkata, rakyat terutama golongan muda menolak sepenuhnya pelaksanaan GST kerana turut membebankan peniaga kecil apabila tiada hak membuat tuntutan bayaran.

By: Sinar Harian

0 KOMEN SIKIT ^_^: