
Pelajar IPT bawa azimat sirih ke dewan periksa
Bantuan jin handal bahasa inggeris.
Ia mungkin melucukan, namun segelintir pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di Lembah Klang percaya kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris. Mereka sanggup membayar RM350 kepada bomoh bagi mendapat 'Daun Hikmat' itu.
Perantara Jin Dengan Pemakai
Kuala Lumpur , Sirih itu perantara yang digunakan untuk menghubungkan jin dengan pemakai dan ini tidak dibenarkan dalam Islam", kata Pengasas Pusat Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Ladzim Al-Azhari.
Abdul Malek berkata, jin boleh bertindak dalam apa juga bentuk serta bahasa, namun perbuatan bergantung kepada perkara lain selain Allah adalah amalan syirik yang dosanya amat besar.
"Saya juga ingin mengingatkan bahawa kenyataan bomoh itu bahawa sirih disediakannya tiada kesan sampingan kepada si pemakai tidak benar.
"Ini kerana banyak kes yang berlaku si pemakai berdepan pelbagai masalah dan gangguan sama ada kepada kesihatan ataupun pemikiran", katanya.
~Metro~
P/s: Kepada kawan-kawan diluar sana jangan lakukan benda Khurafat ni. "DoSa Tau Tak".
0 KOMEN SIKIT ^_^:
Post a Comment