Bicara Anggota


Assalamualaikum...
Hari ni Afie nak berkongsi entry
tentang Bicara Anggota...pelbagai kata2.

Pertama Akal Berkata:
Wahai manusia, kenapakah kau menyalahgunakanku?
Kau memikirkan tentang perkara yang bukan-bukan,
Bukankah lebih baik jika kau berubah?
Fikirkanlah tentang kebesaran Allah,
Gunakan akal, dapatkan keredaa-Nya.

Kedua Hati Berkata: 
Wahai manusia, Akulah sekeping dangin di dalam dirimu,
Jika aku baik, berbahagialah kamu,
Jika aku jahat, hancurlah kamu,
Kenapa kau terus berdegil?
Kau menyuruhku agar leka dan lalai,
Hentikan!! Indahkanlah aku dengan keimanan kepada-Nya,
Gunakan hati, dapatkan keredaan-Nya.

Ketiga Mata Berkata:
Wahai manusia, Aku terasa kotor!
Aku terasa diriku berlumuran dosa!
Kau pandang sana, kau pandang sini,
Tolong, jagalah diriku,
Pandanglah pada yang sebaiknya,
Gunakan mata, dapatkan keredaan-Nya.

Keempat Telinga Berkata:
Wahai manusia, Nikmat yang ada jangan dipersia,
Nikmat yang ada jangan dipersenda,
Dengarlah perkara yang sebetulnya,
Gunakan telinga, dapatkan keredaan-Nya.

Kelima Mulut Berkata:
Wahai manusia, Mengumpat sana,sini
Memfitnah sana, sini
Aku pula yang menjadi mangsa,
Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan binasa,
Ingatlah manusia, ingatlah sentiasa,
Gunakan mulut, dapatkan keredaan-Nya.

Keenam Perut Berkata: 
Wahai manusia, Kau sememangnya pelahap!!
Kau Sememangnya gelojoh!!
Diriku kau anggap tiada inginkan rehat,
Insaflah...makanlah sekadarnya,
Gunakan perut, dapatkan keredaan-Nya.

Seterusnya, Ketujuh Tangan Berkata:
Wahai manusia, Janganlah menyalahgunakanku,
Apa kau ingat aku tidak sedar?!!
Sepuluh jemariku, gunakanlah untuk kebaikan,
Gunakan tangan, dapatkan keredaan-Nya.

Akhir Sekali, Kelapan Kaki Berkata:
Wahai manusia, Ke mana hendak kau bawa aku?
Mengapa ke situ?
Tidak!! Aku tidak izinkan kau bawa aku ke situ !!
Bawalah aku ke masjid dan surau,
Bawalah aku ke gedung ilmu,
Gunakan kaki,dapatkan keredaan-Nya.

P/s: Kita hidup dgn anggota, kita patut mengunakan anggota kita dgn cara yang baik.
Kita juga kena bersyukur, jika mempunyai anggota sempurna.


4 KOMEN SIKIT ^_^:

Unknown said...

byk idea awk ek tulis cmni :)

Unknown said...

@Cik Nanad HEhe thank lawat blog saya...
emmmm semua tu dah ada dlm kepala hehehe... entry ni tentang apa yg telah kita bljar msa skolah :)

Unknown said...

perghh nice juga bah blog Afiey .. suka2 :D
nice entry awak tu .. btw michelle follow u back :)
keep blogging~

Unknown said...

@Michelle Hopell thank Michelle :)