Khidmat Bas Rapid KL, LRT Dan Monorel Hingga 2 Pagi


Di Kuala Lumpur Perkhidmatan pengangkutan awam bandar bas RapidKL, sistem transit aliran ringan (LRT) dan monorel akan dilanjutkan sempena sambutan Tahun Baharu 2014, Selasa ini.

Naib Presiden Eksekutif Jabatan Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana Negara Berhad Lim Jin Aun berkata semua stesen LRT dan monorel akan dibuka sehingga jam 1 pagi dengan stesen utama iaitu KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek, Hang Tuah, Imbi, Bukit Bintang, Bukit Nanas dan Titiwangsa melanjutkan operasi masing-masing sehingga jam 2 pagi.

"Meskipun begitu, kami akan memantau bilangan pengguna dengan teliti. Jika terdapat keperluan untuk melanjutkan lagi tempoh operasi, kami akan berbuat demikian selain menambah bilangan tren," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perkhidmatan bas RapidKL pula akan dilanjut setengah jam melebihi perkhidmatan tren bagi memudahkan orang ramai, katanya.



Sumber Dari: Sinar Harian



0 KOMEN SIKIT ^_^: