Pada beberapa minggu yang lepas ramai yang tertanya-tanya siapakah pengetua Akademi Fantasia 2014 dan akhirnya terjawablah yang Datuk Hattan diumumkan bahawa ia adalah pengetua di Akademi Fantasia 2014.
Selain itu, Datuk Hattan telah mengeluarkan beberapa syarat-syarat jika dia menerima tawaran tersebut, syaratnya ialah beliau tidak mahu lagu-lagu ciptaan dari negara seberang dari Indonesia dinyanyikan oleh pelajar-pelajar Akademi Fantasia kali ini.
Katanya "Kita mempunyai banyak lagu-lagu tempatan yang masih boleh dinyanyikan oleh pelajar-pelajar Akademi Fantasia dan kita perlu bangga dengan ciptaan sendiri, daripada kita bayar royalti pada mereka lebih baik kita berikan sumbangan kepada industri tempatan kita".
"Tetapi jika lagu bersifat ketuhanan saya tidak menolaknya, saya terima seadanya. Lagipun saya melihat bakat yang ada untuk musim kali ini sangat bagus seperti Nuha yang mempunyai latar belakang jurusan muzik dan tidak salah untuk peserta diberi peluang untuk mencipta lirik atau lagu sendiri jika meraka boleh berjaya ke pusingan akhir nanti".
Datuk Hattan akan melakukan perubahan kepada pelajar-pelajar Akademi Fantasia pada musim ini dengan cara tersendiri dan sama-sama kita saksikan hingga ke akhir musim ini.
0 KOMEN SIKIT ^_^:
Post a Comment