Misi 30 penyiasat MH17 By Harian Metro
Kuala Lumpur: Tiga puluh penyiasat akan kembali ke Ukraine untuk meneruskan siasatan di kawasan nahas pesawat MAS bagi penerbangan MH17 berikutan perjanjian damai terbaru antara Russia dan Ukraine.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketika dihubungi, berkata pasukan itu akan berlepas, pada 7 September tetapi tidak pula mengulas lanjut bila pasukan itu akan mula memasuki kawasan itu.
"Sekurang-kurangnya 30 penyiasat akan kembali ke timur Ukraine bagi menyambung kembali tugas yang sebelum tergendala berikutan peperangan di wilayah berkenaan. Kesemua anggota terdiri daripada pelbagai pakar termasuk forensik," katanya.
Julai lalu, pasukan penyiasatan antarabangsa diketuai Malaysia, Belanda dan Australia terpaksa berundur selepas bebarapa hari berada di kawasan itu berikutan pertempuran sengit antara tentera Ukraine dan pemberontak pro-Russia.
0 KOMEN SIKIT ^_^:
Post a Comment