Rentap Nyawa...



Kuantan: Dua pekerja warga asing maut manakala seorang lagi masih belum dapat dikeluarkan apabila tertimbus dalam runtuhan batu di kuari FELDA Bukit Sagu 4, dekat sini, lewat petang semalam.

Mangsa terbunuh adalah warga Indonesia dikenali sebagai Rudi Hartono, 30 dan Tang Yang Siew, 25, dari Myanmar manakala seorang lagi mangsa masih belum ditemui Cecep Rubiyanto, 22 (Indonesia).

Kedua-dua mayat terbabit ditemui di antara 7 dan 9.20 malam tadi.


Difahamkan, kejadian 5 petang itu berlaku apabila dua pekerja yang berada di atas bukit pada ketinggian kira-kira 50 meter dalam perjalanan turun selepas melakukan kerja.

0 KOMEN SIKIT ^_^: