Selepas matematik dan sains kertas bahasa inggeris pula kebocoran.

Gambar hiasan


Di Putrajaya:- Sejumlah 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang kini sedang mengambil ujian kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 pagi tadi harus mengambil semula peperiksaan berkenaan kerana telah dikesan bahawa berlakunya satu kebocoran soalan, kata Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh.

Keputusan menduduki semula peperiksaan itu dibuat pada jam 11 pagi dan Lembaga Peperiksaan akan membincangkan bagi menentukan tarikh untuk menduduki semula peperiksaan itu.

Selain itu, Lembaga Peperiksaan telah membuat keputusan peperiksaan bagi subjek Sains adalah 30 september ini.

Dengan itu, bagi menyiasat kejadiaan itu, pihak jawatan kuasa bebas akan ditubuhkan, katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian dan Pelancaran Program Continuous Professional Development (CPD) di Sektor Pengajian Tinggi (SPT).



0 KOMEN SIKIT ^_^: