Mangsa meninggal dunia selapas koma akibat kemalangan jalan raya pada 9 september |
Di Temerloh- Seorang remaja lelaki koma selepas motosikal yang ditunggang merempuh Toyota Hilux yang dipandu oleh seorang ketua kampung dalam kejadian pada 9 september lalu. Mangsa telah meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas).
Mangsa yang bernama Mohamad Kamarul Ikmal Mohamad berumur 15 tahun itu parah dan di rawat selama 8 hari di ICU. Dalam kejadian membabitkan lima kenderaan itu, mangsa dirempuh Toyota Hilux dipandu seorang ketua kampung menyebabkan mangsa tersebut tercampak bersama motosikalnya yang ditunggang.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, dalam kejadian pada jam 10.21 malam di persimpangan lampu isyarat Jalan Bahagia itu, pacuan empat roda itu merempuh seorang penunggang motosikal dan merempuh pula tiga kenderaan lain di stesen minyak BHP Jalan Tengku Ismail.
0 KOMEN SIKIT ^_^:
Post a Comment