Orang buat rambut berwarna, dia pun nak buat rambut berwarna.
Kononnya ingin mengikuti trend semasa kini.
Orang mengubahsuai kereta dan motosikal, dia pun nak juga mengubahsuai kerata dan motosikal.
Kononnya nak ibaratkan dia pun ada kereta dan motosikal bergaya.
Orang berpakaian seksi, dia pun nak juga.
Kononnya nak menonjolkan identiti.
Bila tengok orang itu ada kemewahan, dia pun nak kemewahan juga.
Kononnya nak lebih dari orang.
Tetapi...
Apabila orang suka mencari ilmu pengetahuan, dia mula diam.
Kononnya tak ada masa untuk semua itu.
Apabila orang suka menghadiri majlid ilmu, dia mula mengelakkan diri.
Kononnya ada urusan lain.
Apa bila orang mengadakan diskusi ilmuan, dia mula senyap tanpa kata apa-apa.
Kononnya terlalu letih.
Sepatutnya jangan hanya nak ikut-ikutan, jadikan yang baik sebagai teladan dalam diri kita. Selain itu, jangan hanya mahu ikut-ikutan, yang buruk kita jadikan sempadan. Akhir sekali, jangan hanya ikut-ikutan, semoga sejahtera dunia akhirat.
2 KOMEN SIKIT ^_^:
betul2.. sgt tidak bagus..
@Fariq
Tau Tak Pe hehehehe..
Post a Comment