Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...
Bacalah asyik tengok gambar saja faham ke tengok gambar?
Itulah satu perkara yang bermain dalam fikiran afie sebenarnya, pada zaman persekolahan bila masuk perpustakaan mesti jumpa dengan orang yang ambil buku tengok gambar tapi tak baca. Adakah dia faham? Ya betul ada jenis orang dia faham jika lihat gambar, adakah dia faham sepenuhnya? Sebab itulah afie terfikir benda macam ni sampai sekarang masih ada orang yang ambil buku tengok gambar tapi tak baca. Memang itu satu kehendak mereka nak baca atau tidak, bagi afie sekurang-kurangnya jika kita baca ada juga ilmu untuk kita pelajari, membaca ini menimba ilmu, betulkan? Sekarang ada yang malas nak membaca hanya sekadar melihat gambar, tapi itulah bila ditanya terdiam pula, bukan nak mengutuk tapi ini satu nasihat untuk semua orang, termasuklah afie juga.
Anda di luar sana membacalah untuk menimba ilmu, jangan melihat gambar semata-mata anda faham sepenuhnya, bagi afie tidak, sebab gambar ini memang satu gambaran pada jalan cerita tapi dia hanya gambaran sahaja, yang boleh difahami adalah membaca dengan teliti dan fahamkan jalan cerita apa saja atikel yang kita baca.
Adakah susah untuk kita membaca? Rasanya tidakkan, cuma ada unsur-unsur malas betul tak? Afie pun sama juga tengok saja ayat-ayat yang panjang malas nak baca, itulah kita semua sama saja hah! Apa yang afie persoalkan ini adalah betul kalau kita tidak membaca kita tak akan faham sepenuhnya. Di sini satu pengajaran juga pada diri afie sebab apa, sebab diberi baca satu buku, lepas tu baca sampai muka surat 10 dah malas nak baca. Bila kena soal mulut tergagap-gagap nak sebut. Lawak aje...
Dulu afie rajin membaca, macam novel memang minat sangatlah time-time sekolah, lepas sekolah pun ada juga baca novel-novel ni. Tapi makin lama makin afie bosan sebab malas membaca. Jadi pada anda semua kalau malas baca anda mesti kena tingkatkan prestasi anda dalam rajin membaca. Sekarang afie dah mula nak rajin membaca, rajin singgah blog-blog orang baca benda-benda yang menarik, baca akhbar hariankan.
Orang sekarang dia nampak benda menarik dalam atikel-atikel baru kelang-kabut nak baca, macam afie sendiri senget aje..
P/s: Apa pun jom kita sama-sama rajinkan diri dalam membaca.
Tengok atikel afie ni panjang aje mesti ada yang baca sekerat aje
ni. Tak apa asalkan kita baca. OK!! Hehehe...
Tengok atikel afie ni panjang aje mesti ada yang baca sekerat aje
ni. Tak apa asalkan kita baca. OK!! Hehehe...
6 KOMEN SIKIT ^_^:
heheh.. aku setuju.. bacaLah..
Hehe... tq teto yaksa Jom ramai2 baca :)
im follow here...
tq huny eda :)
zaza suka membaca... :)
Wah.... Teruskan zaza :) hehehe
membaca menimba ilmu :)
Post a Comment