Warga iran usaha pindah ibu negara bantu tangani gempa, cabaran sumber
Di Tehran: Parlimen Iran meluluskan undang-undang membenarkan usaha memindahkan ibu negara ke lokasi luar Tehran, langkah yang dilihat perlu bagi menangani masalah yang dihadapi di Iran, tetapi dikritik oleh pentadbiran sebagai tindakan tidak munasabah.
Parlimen memperolehi 110 undian menyokong, berbanding 67 menentang dan 10 berkecuali untuk memindah ibu negara pentadbiran dan politik dari Tehran. Menurut undang-undang itu, pegawai pentadbiran akan mengetuai jawatankuasa termasuk pegawai Parlimen dan perbandaran untuk menilai dan meringkaskan kajian dibuat mengenai perpindahan ibu negara tersebut.
Penyokong berkata, Tehran terdedah kepada gempa bumi dan berdepan cabaran sumber dan pencemaran. Mereka berkata 11 peratus daripada penduduk Iran berada di Tehran, tetapi bandar raya itu merangkumi 25 peratus daripada kekayaan di negara. Kekayaan terus berpusat di Tehran manakala bandar raya kecil dan kampung terus miskin kerana perbankan utama, pembinaan dan industri lain bertumpu di bandar raya itu.
Pembangkang pula berkata, daripada memindahkan ibu negara, lebih baik kerajaan menangani masalah dihadapi Tehran. Mereka berkata langkah besar perlu diambil untuk memastikan keadaan hidup lebih selesa di ibu negara baru yang dicadangkan.
Timbalan Parlimen Iran, Majid Ansari, berkata pentadbiran juga menentang cadangan pemindahan ibu negara itu.
Beliau berkata, cadangan pemindahan ibu negara adalah sesuatu yang serius, pentadbiran dan institusi politik perlu membuat pertimbangan dan pada masa sama mengambil kira nasib jutaan penduduk lain di Tehran jika ingin melakukannya.
0 KOMEN SIKIT ^_^:
Post a Comment