"Penjawat awam yang menjadi mangsa banjir boleh hubungi @MOFmalaysia untuk mendapatkan maklumat tentang tuntutan insurans tersebut," kata Perdana Menteri.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian dalam akaun Twitternya hari ini bagi mengulas pautan twitter Bernama bertajuk 'Banjir: Penjawat Awam Digesa Kemuka Tuntutan Insurans Bencana Alam'.
Bernama memetik makluman Kementerian Kewangan iaitu penjawat awam yang merupakan mangsa banjir di Terengganu, Pahang dan Johor yang mempunyai akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan, dinasihati untuk mengemukakan tuntutan insurans bencana alam daripada panel insurans masing-masing.
Tuntutan insurans itu meliputi kerosakan struktur bangunan seperti dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya, selain kejadian pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa kejadian banjir.
Tuntutan boleh dibuat dengan menghubungi syarikat insurans/takaful yang sedia memberikan perkhidmatan.
Maklumat lanjut boleh dilayari di http://bpp.treasury.gov.my atau menghubungi meja bantuan banjir di talian 03-8880 212
Sumber: Berita Harian
0 KOMEN SIKIT ^_^:
Post a Comment