DANTE (kanan), Paroy (kiri) dan Ibrahim menafikan tuduhan bunuh ibu mereka.
Di Manila: Tiga beradik membunuh ibu mereka sebelum memamah organ mentah-mentah selepas upacara dipercayai bertujuan untuk menghalau roh jahat dalam badan ibu mereka
Jiran melaporkan terdengar bunyi pelik dari rumah itu beberapa hari sebelum mayat Musala Amil, 56 tahun, ditemui di bandar Ampatuan.
Menurut Ketua Polis Ampatuan Inspektor Ronald De Leon, mayat wanita itu telah kehilangan beberapa anggota badan selain itu kehilangan banyak darah.
Tiga anak lelakinya iaitu Dante, 35 tahun, Paroy, 21 tahun, dan Ibrahim, 18 tahun, bagaimanapun telah menafikan membunuh ibu mereka sebaliknya mendakwa cuba untuk mengubati penyakit, dipercayai diakibatkan roh jahat dalam kejadian yang berlaku pada Rabu lalu.
Polis turut menyiasat, bahawa keluarga berkenaan mempunyai masalah mental, namun tidak menolak kemungkinan mereka berada di bawah pengaruh dadah.
“Ketiga-tiga adik-beradik tinggal bersama ibu mereka di sebuah ladang di Purok Nabadtog.
“Semuanya menjalani ujian dadah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sementara itu ahli jawatankuasa kampung berkenaan mendakwa tiga beradik terbabit bertindak seperti binatang apabila membunuh dan meratah mayat ibu mereka.
0 KOMEN SIKIT ^_^:
Post a Comment