Assalamualaikum kepada semua yang berkujung di afiey.my
Hari ni afiey terfikir yang hidup kita ni macam-macam dugaan, terutama sekali dugaan pada seseorang yang mempunyai kesalahan, yela.., ada yang mengata orang yang salah tetap salah, tapi siapa kita nak perlekehkan kesalahan orang itu, setiap manusia mesti ada kesalahan itu, tipulah kalau tak ada betul tak?
Afiey cuma ingin berkongsi sikit tentang orang yang salah mereka ditetapkan kesalahannya, ada yang diberi hukuman pada yang salah dan juga ada yang mengutu kesalahan orang, siapalah kita nak mengutu dan menghukum mereka, hanya Allah yang maha kuasa yang akan tetapkan segalanya, orang yang lakukan kesalahan ni bukan tidak boleh berubah, jika dia nak berubah, kalau tidak janganlah kerana orang itu mencuri, kita nak pukul sampai lebam muka orang itu. Apa gunanya dengan mulut untuk nasihat beliau.
Penjenayah di muka bumi ini banyak, ada yang ganas, ada yang lemah lembut, ada juga yang penakut, eh macam-macamlah, tapi semua itu boleh kita elakkan dengan lapor pada pihak polis, betul tak. Cuma afiey macam tak boleh terima jika beliau diberi hukuman gantung sampai mati, Allah sendiri memaafkan setiap manusia yang berusaha untuk berubah, tapi kenapa kita tidak memaafkan orang yang melakukan kesalahan ini ya? kenapa tak ada cara lain ke, untuk beri mereka berubah? Itu yang terfikir dalam fikiran afiey.
Bukan apa afiey cuma terfikir, bila mereka diberi hukuman gantung sampai mati ni, seolah-olah dia macam tak ada jalan lagi untuk dia berubah dan menjalani hidup dalam kebaikkan. hehehe...
Perlu ke yang salah tetap salah? Atau Perlu ke yang salah harus terima hukuman yang berat?
0 KOMEN SIKIT ^_^:
Post a Comment