Peraturan baru JPJ .

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mewujudkan satu peraturan baru kepada pengguna yang menambah lampu aksesori tambahan pada kenderaan. Tindakan tegas akan bermula pada 1 Oktober 2014. Keputusan tersebut telah dibuat selepas mendapati ianya adalah satu penyumbang dalam kemalangan jalan raya.

Selain itu, pengguna yang ingkar dengan peraturan ini akan dikenakan denda/saman sejumlah RM300.

Antara pemasangan lampu aksesori yang tidak dibenarkan oleh JPJ:
  1. Pemasangan lampu HID dengan cara retrofit.
  2. Lampu berkelip-kelip [selain dari lampu pentunjuk arah] di bahagian belakang atau hadapan.
  3. Pemasangan pelbagai lampu tambahan selain warna putih atau amber di bahagian hadapan dan selain warna merah atau amber di bahagian belakang.
Patuhilah undang-undang jalan raya, ingatlah orang yang tersayang.

0 KOMEN SIKIT ^_^: