Mahu komputer riba dalam tahanan.


Gambar hiasan.


Manila: Senator Jessica Lucila Reyes yang kini ditahan kerana terbabit dalam skandal rasuah meminta pihak berkuasa menyediakan kemudahan Internet di Kem Bagong Diwa di Taguig City.

Dalam usul setebal enam muka itu, Jessica yang juga seorang peguam berkata, dia berhak mendapat akses Internet untuk komputer ribanya. 
Menurut Jessica, ia amat penting bagi membolehkannya menjalankan kajian perundangan serta berhubung dengan peguamnya. 

Peguam Jessica, Anacleto Diaz pula berkata, senator itu berhak menggunakan komputer dan kemudahan Internet bagi mempercepatkan persediaan pembelaan diri di mahkamah.

0 KOMEN SIKIT ^_^: