Wak Doyok mahu didik orang berfesyen?
Siapa sebenarnya Wak Doyok? Mungkin itu antara persoalan yang membelenggu sesetengah orang saat melihat figura bermisai melentik ini.
Awal kemunculan, pemilik nama sebenar Tengku Muhammad Azwan Shah, 34, ini banyak dilihat di pentas peragaan mahupun menghiasi majalah fesyen.
Sejak akhir-akhir ini, Wak Doyok mula menjadi hos program dan menjadi model ikan komersial dan terbaru, menjayakan sitkom Small Mission Enterprise (SME) musim ketiga.
Kepelbagaian bidang diceburi itu menimbulkan tanda tanda status Wak Doyok dalam industri. Bertemu dengannya ketika majlis pra-tonton SME baru-baru ini, ikon fesyen Mods itu mengakui, lakonan mahupun pengacaraan bukan fokus utamanya.
0 KOMEN SIKIT ^_^:
Post a Comment