Tuntut bayaran untuk promosi lagu.
Pada awal muncul, penyanyi ini bertuah kerana syarikat rakaman sanggup berhabis demi menaikkan namanya.
Seperti artis lain yang bernaung di bawah label itu, dia diberi peluang dan layanan sama. Sempatlah merakam dua single yang menjadi siulan ramai.
Bagaimanapun, Sha difahamkan penyanyi ini langsung tidak menghargai usaha syarikat rakaman. Malah, dia tidak mahu turun padang mempromosi dua single itu.
Apabila sesi fotografi diatur dengan pihak media, dia hanya bersetuju hadir jika diberi bayaran. Dari mana dia ‘berguru’Sha pun tak tahu.
Ada ke patut orang mahu promosikan lagunya, dia mahu minta bayaran? Perkara itu pernah jadi bualan hangat satu ketika dulu sampaikan wakil syarikat rakaman malu nak berdepan media.
0 KOMEN SIKIT ^_^:
Post a Comment